6 Jun 2012

Bayu Kinabalu Part3

Day 3
pendakian bermula...ermm sangat teruja dan perasaan gembira tak kala tiba di garisan permulaan pedakian iaitu Timpohon Gate, aku pernah ke sini suatu ketika dahulu, tatkala pertama kali sampai di bumi Sabah (2007). mase tu dah pasang impian untuk mendaki gunung kinabalu suatu hari nanti.
kami semua bangun awal pagi untuk solat subuh dan sarapan pagi, jam9pagi kami semua berkumpul di kaunter pendaftaran untk mendapatkan tag dan mengisi borang keselamatan. kumpulan aku seramai 4 org diberikan seorang pemandu arah. yg berfungsi sebagai portal dan tunjuk arah.
baru 500meter pendakian, aku masih lagi bertenaga, bekalan makan tengahari diberikan oleh pihak resort, sandwich, epal, telur dan air mineral. cukup buat mengalas perut untuk sampai ke base camp iaitu Laban Rata.
sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan alam semulajadi yang sangat indah, beginilah ciptaan yang Maha Esa. pelbagai spesis flora dan fauna terdapat disini.
perjalanan yang ditempuhi masih lagi belum sukar cuma mendaki anak-anak tangga yang telah lama dibina disini, aku rase kagum dengan org dahulu yang membuka laluan pendakian, begitu gitu untuk menyiapkan laluan ke Gunung Kinabalu.

semakin tinggi pendakian semakin sukar laluan yang ditempuhi, kerah tenaga demi impian yang sudah lama tersimpan.
pokok-pokok besar dan sungguh unik ciptaan Nya, aku kagum
bila jalan menjadi landai, aku rase lega kerna tak perlu untuk mendaki.
semakin jauh pendakian semakin cantik pemandangan, terdapat beberapa pondok rehat sepanjang pendakian, kakijalan boleh behenti rehat disini, untuk menghilangkan penat, air minuman semulajadi juga disediakan disini, dingin dan segar.
kesukaran bertambah bila pendakian semakian jauh, terdapat tangga usang yang memerlukan langkah berhati-hati.
pokok-pokok renek menjadi teman bila mana ketinggian bertambah, udara sejuk menyapa ke pipi.
kabus nipis seakan-akan menyapa kedatangan kami kesini, mujur pada hari pendakian kami hujan tidak turun, kakijalan perlu menyediakan baju hujan sebagai langlah berjaga-jaga.

jalan yang berbatu-batu tidak menghalang aku untuk terus berjuang untuk sampai ke puncak.
antara flora yang terdapat di sepanjang laluan kami.
puncak kinabalu yang tersergam indah, menyapa kami datang.
petugas di Laban Rata menyambut kedatangan kami, aku sampai di sana pada jam 2.30 petang setelah menempuh perjalanan yang memenatkan. setelah diberikan kunci bilik, aku terus menuju ke bilik yg terletak diatas sedikit, iaitu Gunting Lagadan.
setelah berehat di bilik untuk menghilangkan penat, kami turun jam 5.30ptg untuk menikmati makan malam. setelah makan malam, kami solat dan tido jam 7.30malam, sebab pada jam 1.00pagi keesokkan nya kami perlu bangun untuk meneruskan pendakian ke puncak Kinabalu.
pemandangan Laban Rata dari Gunting Lagadan (6.00ptg), sungguh cantik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan