5 Jun 2012

Bayu Kinabalu Part2

Day 2
Jom kita ke Pulau Manukan..bila berkunjung ke KK tak sah kalau tak ke Pulau-pulau di Sabah, antaranya Manukan, Mamutik dan Sapi. Pulau-pulau ini terletak di dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahman. walaupun ini bukan kali pertama aku ke sini, suasana tetap berbeza.
Dari jeti jesselton (nama lama bagi KK), perjalanan menggunakan bot laju hanya mengambil masa kurang dari 30 minit bergantung kepada cuaca. kakijalan boleh mengambil pakej makan tengahari atau menginap di Pulau Manukan. bagi yg budget boleh datang untuk snorkling dengan hanya RM15 untuk satu pulau, kakijalan jangan lupa membawa makanan sendiri (lebih jimat).
Air yang jernih senang untuk kakijalan membuat aktiviti snorkling, banyak sungguh ikan-ikan di Pulau Manukan, dengan cuaca yang baik serta arus air yang tenang. jangan lupa memakai sun blok. peralatan snorkling boleh disewa di jeti jeselton dengan harga Rm10 untuk set snorkling dan jaket keselamatan.
Pulau Mamutik
Aku menghabiskan masa selama 2jam disini bersama rakan-rakan, selepas snorkling, kami menjamu selera dengan makanan yg kami bawa.
jika kakijalan datang awal pagi ke sini, memang belum ramai pengunjung, jadi tak perlu la bersesak-sesak dengan org ramai, nak amik gambar pun senang.

dari Pulau Manukan kita boleh lihat bandaraya KK, sungguh cantik panorama di sini. mengasyikkan. waktu aku disini tak begitu panjang. kena segera kembali ke jeti jeselton untuk bertolak ke Kundasang.
Angin bayu Manukan
Setibanya aku di Jeti Jeselton, terus ke kereta, singgah lunch di 1borneo (dekat dengan UMS). perjalanan menuju ke Kundasang mengambil masa selama 2jam. aku singgah di Pekan Nabalu.

Angin sejuk sudah mula terasa, kawasan tanah tinggi Sabah, Pekan Nabalu ini terdapat gerai-gerai menjual cenderamata serta Tshirt, nak beli kena pandai tawar menawar. kami semua sepakat membeli baju T yang sama untuk dipakai semasa turun pendakian.
Memandangkan masa masih ada, kami terus ke Kolam Air Panas Ranau, aku pun pertama kali ke sini, masa mula2 datang ke KK tak berkesempatan ke sini, jadi ini lah peluang untuk melihat sendiri.
Kami solat di surau yang disediakan oleh pengurusan Kolam Air Panas Ranau. memandangkan hari minggu, terdapat ramai pengunjung di kolam ini, sampaikan penuh kolam air panas, jadi kami hanya berpeluang meremdam kaki sahaja di sini.
Air memang panas, tapi bila dah lama berendam kaki dah jadi sejuk, ye la yg rendam pun ramai.hehehe
kawasan persekitaran kolam air panas ni memang bersih, cantik dan terjaga.
terdapat pelbagai kemudahan asas yg disediakan termasuk kedai cenderamata dan surau.

sungai yang terdapat disini, cantik dan semulajadi.
aku tiba di Kundasang jam 7.30 malam, waktu sudah malam dan gelap. penginapan oleh sutra resort memang sangat selesa dan tenang.
tak perlu penghawa dingin, udara sangat segar dan nyaman. perut dah terasa lapar waktu cek in. pakej sudah termasuk makan malam yang sungguh lazat dan sedap.
waktu kami dinner terdapat kumpulan polis dan askar turut sama menjamu selera, bermakna esok kami pasti mendaki bersama kumpulan ini. hehehe...gerun. ye la kami semua bukan kuat sangat stamina.
makan malam aku, ermm, spegetti yang lazat dari kaki gunung kinabalu. ermmm menyelerakan.
lepas makan kami terus ke tempat penginapan, bilik untuk 4 orng, ermm, sunyi sangat resort ni. seperti tiada penghuni lain, ye la masing-masing dah berehat untuk mengumpul tenaga bagi pendakian esok hari.
badan pun dah melekit, jom kita mandi. semua peralatan mandi disediakan oleh pihak resort.
sebelum tido kami semua minum dulu di ruang rehat yang disediakan. cantik dan unik ruang ini.
badan pun dah letih, esok mula cabaran yang luar biasa. jadi jom kita tido dulu.zzz....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan