9 Jun 2012

Sandakan

Sandakan, Sabah. perjalan ke sini dari KL mengambil masa selama 2jam 45minit. jauh sedikit dari KK, kakijalan boleh memilih sama ada menggunakan penerbanagan Malaysia (MAS) atau Airasia dari KL untuk ke sini.
Sandakan terkenal dengan Sepilok, tempat perlindungan Orang Utan yg semakin pupus. kalu ke Sandakan tak sah jika tidak berkunjung ke Sepilok utk melihat sendiri spesis Orang Utan.
Pada 2010 aku berpeluang bercuti bersama keluarga ke Sandakan, mase tu MAS menawarkan tiket pada harga yg murah. jadi jom naik MAS.
pesawat berlepas awal pagi dari KLIA, so tiba di Sandakan pun pagi, kami menginap di Hotel Butik Sandakan, hotel baru dan selesa. bagi memudahkan perjalanan kami menyewa kereta di sana. kakijalan boleh la menyewa kereta di Airport atau melalui Mudah.
Jom ke Sepilok....
perjalanan dari bandar Sandakan ke Sepilok mengambil mase selama 40 minit bergantung pada keadaan lalulintas. tapi selalunya jalan tak jem.
ada bayaran masuk dikenakan untuk melihat sendiri orang utan di sini. dan perlu di ingat masa yg tertentu untuk berjumpa dengan Orang Utan.
ini kerana masa Orang Utan keluar untuk makan, dimana makanan diberikan oleh petugas disini. makanan yg diberikan berupa buah-buahkan. aku sempat snap beberapa keping gambar Orang Utan dari jauh. comey nye....
dari pintu masuk, kita perlu berjalan masuk ke dalam hutan simpan utk melihat sendiri gelagat Orang Utan yg datang utk makan. selalu nye 2 kali sehari.
pelbagai aksi yg dapat kita lihat di sini. comel-comel Orang Utan ni. patut la mereka dipilih sebagai maskot Sukan Komenwel Malaysia 1998. ingat la tak...



perkarangan Sepilok juga menyajikan kawasan yg cantik dan menarik, terdapat pusat informasi yg menerangkan kehidupan spesis orang utan.
terdapat bermacam tarikan yg ada di bandar Sandakan, antara yg aku lawati adalah Rumah Agam Agnes Keith. rumah yg dibina semasa pemerintahan British disini. masih utuh dan tegak berdiri walaupun sudah lama dibina.
 sandakan merupakan sebuah bandar persisir pantai yg mempunyai pantai yg cantik. disamping melawat tempat-tempat menarik disini, jangan lupa utk cuba ikan bakar di Sandakan. aku sempat ke Medan Selera Sim Sim dan cuba ikan bakar di sana, ikan baulu. rase nye manis dan isi nye pejal di cicah dengan kuah kicap. memang sedap sgt. kakijalan boleh juga mencuba ikan bakar di pasar mlm area bandar, dengan harga yg berpatutan.
moga entry mengenai Sandakan dapat membantu kakijalan utk memulakan pengembaraan ke Sandakan.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan