6 Jun 2012

Bayu Kinabalu Part4

Day 4
Jam 1.00pagi, gagahkan diri untuk bangun demi memulakan pendakian ke puncak, pihak resort menyediakan supper untuk kami, pelbagai aneka makanan tersedia di Laban Rata, walaupun di awal pagi, aku tetap bersemangat untuk makan (dah macam makan sahur plak). yela kena la makan untuk mendapatkan tenaga.
pendakian bermula seawal jam 2.30 pagi, suasana sejuk dan gelap sepanjang laluan.
laluan yang ditempuhi amat sukar dan mencabar, adakala terpaksa melalui lereng-lereng gunung dengan menggunakan tali, aku hampir tergelincir kerna aku hanya memakai kasut sukan. pada kakijalan aku cadangkan jika mahu mendaki pakai lah kasut yg tapak nya lebih mencengkam. kerna disini permukaan nye batu dan licin.
semakin lama pendakian semakin tinggi dan kadar oksigen berkurangan. udara pun sejuk, nasib aku pakai berlapis-lapis baju.
jam 5.30pagi akhir nya aku sampai di puncak tertinggi di Asia Tenggara iaitu Puncak Kinabalu. berjaya jua akhir nya, sungguh teruja dan syukur kepada Nya.
tiada kata-kata yg terucap hanya berbekal coklat dalam poket seluar, itu santapan pagi aku. hehehe..lapar sangat.
mentari yg menampakkan diri di awal pagi, di puncak para pendaki sudah mula penuh.kami ber4 berpecah dari awal pendakian. aku org ke2 sampai, sahabat kami yang ke4 akhir nya tiba jua, pada jam 7.30am. akhirnya kami semua selamat sampat di puncak Kinabalu.
kami semua tidak melepaskan untuk bergambar sebagai kenang-kenangan, pengalama berada di puncak Kinabalu dan berada di atas awan tak akan aku lupakan. cantik sungguh ciptaan Maha Esa. aku menikmati nya dengan penuh rase syukur.
melepaskan rase letih, ade yg berbaring di puncak Kinabalu.hehehe

 puncak yang berjaya ditawan
perjalan menggunakan tali sebagai pemandu arah.
tidak terkata, hanya gambar yg mampu merungkai segalanya.
bunga gunung yg cantik dipandang, gambar sebagai kenangan.
kami memulakan perjalan turun dari Laban Rata pada jam 10.30 pagi, dan selamat tiba di Timpohon Gate jam 2.30ptg, aku rase perjalanan turun lebih cepat berbanding pendakian.
sampai di resort, kami terus menikmati hidangan makan tengahari yg tersedia. jam 3.30ptg kami kembali ke bandaraya KK kerna penerbangan pulang pada jam 10.30mlm.
kami sempat membersihkan diri di Masjik Likas dan solat di sana. tepat jam 10.30mlm kunang-kunang membawa pulang terus ke KLIA dengan membawa pulang seribu kenangan.
air terjun Carson yang terdapat di awal pendakian.
Cacatan bayu kinabalu berakhir di sini. moga kakijalan mendapat tip-tip berguna untuk bekalan semasa pendakian ke Gunung Kinabalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan