nak ke Pulau Pangkor kakijalan mesti ke bandar Lumut, terkenal dengan depoh/ markas bagi TLDM.bandar Lumut ni menyajikan pemandangan laut dengan kapal-kapal tentera berlabuh, tak kurang juga kapal-kapal besar yg lain.
terdapat pelbagai kemudahan disediakan di sini, termasuk tempat letak kereta berbayar. dari sini kakijalan boleh terus ke jeti untuk mendapatkan tiket feri ke Pulau Pangkor. Harga RM 10 untuk tiket pergi-balik.
perjalan mengambil masa selama 30-45minit sahaja. feri akan berhenti dibeberapa jeti yg ada di Pulau Pangkor. kali ini aku memilih Pangkor Island Beach Resort (disediakan oleh pihak penganjur..hehe). di sini terdapat pelbagai pilihan resort dan hotel.
jom kita lihat bilik di Pangkor Island Beach Resort.
memang selesa dan cantik. memandangkan aku datang ke sini untuk rehat sambil berkursus..hehehe.yg penting rehat. so tak banyak aktiviti luar untuk menerokai sekitar Pulau Pangkor. may be next time la ye.
antara tempat menarik di sini adalah kg nelayan, dutch fort, batu bersurat,kali aman tample dan banyak lagi.
so kakijalan boleh explore Pangkor dengan menyewa kereta, motosikal atau basikal senang kan.
antara pemandangan luar resort yg cantik. kali ini aku berpeluang menjalankan aktiviti paintball, pertama kali mencuba. memanag menyeronokkan. tapi sayang tak sempat nak snap gambar. aktiviti dijalankan di teluk dalam, tak jauh dari sini.
kalau ke Pangkor tak sah kalu tidak ke Pekan Pangkor, disini terdapat pelbagai hasil laut yg dijual oleh penduduk disini. ape lagi, jom shopping. antara lain kakijalan boleh mendapatkan cenderahati disini dengan harga yg berpatutan.
sebabkan aku malas nak jalan-jalan sekitar pangkor, ape lagi aktiviti yg boleh buat dekat resort, selain mandi kolam renang. hehehe..kolam memang besar dan luas. jadi boleh berenang macam-macam gaya kat sini.
lepas dah mandi manda disini, tiba masa utk makan pulak, huh, sekali macam-macam makan terhidang disini, ye la duk hotel, macam-macam ade. bebaloi sungguh la duk dekat Pangkor Island Beach Resort ni, time kasih penaja..hihihi..
percutian selama 3hari 2malam pun dah hampir tamat, ermm memang seronok la sangat dapat bercuti macam ni. so last day nak g jalan-jalan ronda bandar Lumut sebelum betolak balik.
ini lah pemandangan bandar Lumut, so bagi yg tak sempat bershopping hasil laut di Pangkor, boleh la berbuat demekian di sini. harga pun lebih murah dari Pulau Pangkor, jgn menyesal sape yg dah beli dekat Pangkor, may be ape yg dibeli di Pangkor memang origin dari sana..hihihi.
ok, sekian entry kali ini..moga dapat tip untuk ke Pulau Pangkor.