mari kita sambung jalan-jalan Kuching, bandaraya penuh keunikan. paling aku suka Kuching adalah makanan, walaupun ada rakan-rakan yg kurang gemar makanan disini. tapi aku suka, sebab kelainan dari segi keunikkan makanan tersebut, antara nya laksa sarawak, kek lapis, mee kolok dan bermacam lagi.
kalau kakijalan datang ke Kuching pastikan pada hari sabtu & ahad berkunjung lah ke Pasar Satok yg terletak di tengah bandaraya Kuching. pelbagai hasil jualan seluruh daerah Kuching akan dihimpun kan disini. yg paling penting jangan lupa membawa pulang ikan terubok yg segar-segar. aku cadangkan kakijalan beli yg besar sebab isinya banyak dan puas hati, walau harga sedikit mahal.
jom kita jalan lagi sekitar Kuching, kali ni kita ke Semanggoh Wildlife Center.kat sini kakijalan boleh tgk sendiri Orang Utan yg hidup bebas, tapi ade mase yg Orang Utan akan datang utk makan. jadi kakijalan akan tgk life petugas memberi makan kepada Orang Utan.
bebaloi sgt kalu ke sini, bagi yg belum pernah melihat kehidupan Orang Utan, boleh la ke sini. yg sudah berkeluarga boleh bawa anak-anak ke sini, bagus untuk pembelajaran anak-anak.
pada hari tersebut kami bernasib baik sebab dapat tgk sekumpulan Orang Utan yg datang untuk mengambil makanan di sini. kemudian kembali semula ke dalam hutan.
selepas mengunjungi Semanggoh Wildlife Center, kami menuju ke Ladang Buaya yg terletak tidak jauh dari sini. pelbagai spesis buaya terdapat disini.
selain buaya terdapat juga binatang-binatang lain yg terdapat disini, antara burung hantu yg comel nie, jom ikut pulang,hehehe.
disini juga dipamerkan rangka buaya bujang senang yg suatu ketika dahulu menggemparkan Malaysia kerana kebuasan membaham manusia yg tinggal di sepangjang sungai rajang.
rase cukup la entry pasal binatang-binatang, rase dah macam buat entry pasal zoo plak. hehehe.macam lawatan kanak-kanak plak rase nye. huhuhu.
jom kita lawat sekitar bandaraya Kuching plak. kami semua solat di Masjid Negeri Lama di Kuching.
kalu kakijalan nak cari ole-ole utk dibawa pulang, boleh la ke kaki lima waterfront, macam-macam ade, tapi harga nya agak mahal sedikit.
rakan aku ada bawa kami semua ke Batu 7 untuk membeli tikar sarawak, sebab harga lebih murah dan boleh tawar menawar. bagi yg pertama kali ke sini, tikar sarawak antara cenderamata yg sering menjadi pilihan hati.
rasenye cukup disini entry pasal Kuching sebab selepas 2006 aku ade beberapa kali ke Kuching. nantikan entry destinasi Kuching seterus nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan