12 Jun 2012

Pulau Mabul, Semporna

Dari LCCT aku terbang ke Tawau Sabah, kali ini percutian bersama 3orang rakan akan ke Pulau Mabul, Sabah. Tahun 2009 tengah gila nak snorkling bersama ikan-ikan, hajat memang nak sangat ke Pulau Sipadan, ye la mendengar cakap-cakap orang yg dah pernah ke sana, memang menakjubkan Pulau Sipadan.tapi masa tak mengizinkan.
Kali ini aku memilih Penerbangan Malaysia (MAS) sebab tambang yg ditawarkan lebih murah daripada Airasia. tak kira ape pun penerbangan yg ada, asal selamat dan murah.hehe...
penerbangan ke Tawau mengambil masa selama 2jam 45minit, jauh juga kan. setibanya di Tawau, terus menuju ke Pekan Semporna dengan menggunakan khidmat teksi, senang dan cepat. perjalanan memakan masa selama 45minit, melalui kawasana ladang kelapa sawit.
setibanya di Semporna, aku menginap di hotel Seafest yg betul-betul mengadap laut. hotel selesa dan harga berpatutan.
makan malam di sekitar pekan Semporna menyajikan hidangan makanan laut yg segar dan dengan harga yg berpatutan. aku bertemu dengan pengusaha resort di Pulau Mabul. dia akan membawa kami ke Pulau Mabul pada keesokkan hari nya.
pemandangan pagi di pekan Semporna pun sudah cukup cantik dengan persekitaran pantai dan resort-resort atas air yg menyerlahkan ciri-ciri rumah bajau laut. air laut di sini juga cukup jernih dan kelihatan ikan-ikan berenang riang.
majoriti penduduk di Semporna beragama Islam dan kebanyakkan mereka tinggal di atas air. utk pengetahuan kakijalan pengambaran filem Duyung yg di lakokan oleh Saiful Apek dan Maya Karin juga dijalankan di sini.
aku bertolak dari Semporna ke Pulau Mabul sekitar jam 9.30 pagi. hari ini cuaca panas, perjalanan di anggarkan mengambil masa selama 45minit ke 1jam.
tanpa diduga setelah perjalanan 30minit ketika di laut lepas, ombak dan arus laut begitu kuat. habis kami bermandi air laut, memang gerun dan takut. hanya mampu berdoa dan berharap dengan jaket keselamatan yg dipakai. belum pernah menempuhi perjalanan sebegitu rupa.
apabila sudah nampak bayang Pulau Mabul, hati aku berasa lega sedikit. makna nya Pulau Mabul semakin hampir. ombak laut juga mulai reda dan tenang.
 kami akhirnya tiba di Pulau Mabul, resort di atas air, rase sangat teruja. aingin di pulau mabul agak kencang walaupun pada ketika itu panas terik. kami semua berehat selepas membersihkan diri setelah dilambung ombak.
suasana di Pulau Mabul sangat tenang, kawasana perkampungan nya masih asli dan indah. majoriti penduduk disini beragama islam, dimana terdapat sebuah masjid dibina di sini. walaupun masjid ini sudah dimamah usia, aku dan rakan-rakan dapat menunaikan solat zohor dan asar disini.
kehidupan masyarakat disini agak sederhana, rata-rata mereka menjadi nelayan. hasil tangkapan akan di jual di tanah besar. ada juga yg berniaga, hasil laut dijadikan cenderahati utk dibeli pelancong yg datang ke sini.
pemandangan di Pulau Mabul sangat damai dan bakal mengamit sesiapa yg berkunjung ke sini utk berenang di sekitar pulau ini. terdapat beberape resort yg ada disini dan menawarkan perkhidmatan yg terbaik.
ada resort yg berupa pelantar minyak, dulu nya sebuah pelantar minyak, tetapi dijadikan resort. sangat unik. sekali pandang kita akan kata pelantar minyak berhampiran pulau, tapi sebenarnya resort yg menjanjikan seribu kelainan buat pengunjung nya.
di sini terpadat banyak spesis tapak sulaiman. memang cantik dan pelik. kita dapat pegang dan lihat sendiri spesis laut ini.
unik kan tapak sulaiman, hehehe. aku siap pegang dan letak atas kepala, kebetulan pada masa itu majalah Going Place (MAS) ada memaparkan kanak-kanak di Pualau Mabul bersama tapak sulaiman.
aktiviti kami di sana adalah snorkling, dan berenang. memang cantik dan pelbagai spesis ikan yg kami temui di sana.
pada malam nya, aktiviti santai di hiburkan dengan nyanyian oleh staff resort. aku tido awal malam itu, tetiba di kejutkan oleh rakan-rakan. ingat kan ape la yg berlaku, rupa nya ada penyu yg hadir di bawah resort kami. aku tak melepaskan peluang utk melihat sendiri penyu yg bermain-main di bawah resort.
pengalaman di Pulau Mabul menyimpan seribu memori dan pengalaman indah dalam hidup aku, insyallah ada rezeki dan masa pasti akan ke sini lagi. kakijalan boleh la berkunjung ke Pulau Mabul ye. banyak yg dapat kita terokai.
selepas pulang dari Pulau Mabul, aku bermalam pula di bandar Tawau. di Tawau juga terdapat pelbagai tarikan dan hidangan makanan laut yg sedap.
oleh itu jom ramai-ramai kita ke Tawau....


1 ulasan: