Jom kita ke Miri, ada ape di Miri. sebenarnya banyak tempat utk dilawati di Miri. Miri yang terletak di Sarawak menjadi pilihanku pada tahun 2007. kebetulan ada sahabat bekerja di sana dan sepupuku juga sedang melanjutkan pelajaran di sana. aku dengan sepupu ku terbang dari LCCT ke Miri. penerbanagan utama Airasia tetap di hati.
tiba di Miri aku di jemput oleh sahabat ku yg bekerja di sana. Miri bandaraya minyak, begitu la perumpamaan yg boleh di berikan utk Miri. disamping pada hari minggu, warga Brunei akan datang ke sini untuk membeli belah, disebabkan Miri terletak berhampiran dengan Brunei.
hari pertama aku di Miri, sahabat ku membawa kami ke Taman Negara Niah, ermm selalu dengar nama Gua Niah masa belajar dahulu. rase teruja utk ke sini, perjalanan dari bandaraya Miri mengambil mase selama 1jam lebih. akhirnya aku sampai di Taman Negara Niah.
untuk ke Gua Niah, dari HQ kakijalan harus menyeberangi sungai menggunakan bot panjang yg disediakan. mase tu baru lepas hujan, jadi arus sungai deras dan air sungai sedikit tinggi.
di sini terdapat muzium arkeologi yg tersimpan khazanah purba masyarakat disini.
terdapat pelbagai artifak yg dipamerkan. ade tengkorak manusia dan bermacam lagi. aku sedikit hampa kerna laluan ke Gua Niah terpaksa ditutup kerna jalan dilimpahi air hujan. jadi kami hanya meluangkan mase di muzium sahaja.
kami kembali ke bandaraya Miri semula, dan mengunjungi Muzium Petroleum. ye la Miri Bandaraya Petroleum. so macam-macam info pasal petroleum terdapat disini. memang menarik dan sungguh informatif.
habis di Muzium Petroleum kami kembali ke bandar untuk membeli ole-ole, kemudian singgah di Curtin Universiti dimana tempat sepupuku melanjutkan pengajian dalam ijazah pertama. Curtin Uni ni sebenarnya adalah cawangan Miri, kampus induk berada di Perth Australia. jadi kalu belajar disini serupa mcm belajar dekat Perth.hehehe.
terdapat tasik dlm uni ni, memang hitam air nya, menurut sepupu ku, disebabkan Miri dekat dengan kawasan minyak, jadi may be bawah tasik ni ade minyak..hehehe..kayo-kayo..jom carigali minyak..
rase sampai disini entry pasal Miri. kakijalan boleh explore Miri lagi, sebab banyak tempat-tempat menarik di Miri. ape yg aku kongsikan antara yg menarik di Miri....selamat bercuti di Miri..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan