Ucapan selamat datang dan selamat berkenalan kepada semua kakijalan yang sudi membaca blog aku ini. moga kakijalan memperoleh ilmu dan tip-tip berguna daripada blog ini.
BAYU KINABALU, ermm...aku ingin berkongsi pengalaman berharga sewaktu mendaki gunung kinabalu bersama 4orang rakan pada Mac 2011. ini antara pengalaman yang paling berharga aku, ingin aku kongsi bersama kakijalan semua.
Persiapan telah dibuat pada akhir 2010 lagi, tempahan tiket kapal terbang dan pakej pendakian gunung kinabalu. aku dapat pakej pendakian berharga RM490 untuk seorang, memang murah (3hari 2malam). penerbangan dari KL aku pilih Firefly terus ke Kota Kinabalu (laluan baru), harga memang murah sebab beli awal.just nak try this airlines. biasa aku terbang ke KK dengan Airasia, now nak tgk airlines lain plak.
Day 1
Sebelum subuh lagi aku bersama rakan-rakan berada di KLIA untuk pelepasan domestik, agak terkejar-kejar jugak.sebab kaunter cek in hanya 2sahaja dibuka, may be baru lagi di KLIA. aku solat subuh di ruang menunggu. tepat jam 6.50am, si kunang-kunang Boeing 737-800 membawa kami merentasi laut china selatan. aku just melelapkan mata selama 2jam 30minit berada di awan biru.
Tiba di KKIA terminal 1 jam 10am, kami sewa kereta diperolehi daripada Mudah. memang murah, just RM90 untuk Myvi auto. kereta dihantar ke airport, dari airport kami terus lunch di Taman Tun Fuad Stephens. kemudian baru ke Hostel yang ditempah melalui Hostelbooker. sebab lebih murah, Lavender Geust House. memang bersih, selesa dan dalam bandar KK. kami diberikan dorm yang bilik air nya di dalam.
Petang kami bejalan-jalan sekitar bandar KK, walaupun ini bukan kali pertama aku ke sini, tetapi aku tetap teruja, ini kerana suasana pasti berbeze kali pertama ke sini dengan kali-kali lain, hehehe. malam nye aku dinner ikan bakar di bandar KK.
Panorama senja di KK.
bandaraya KK di waktu malam.
Malam sudah di KK, aku tido n bersambung untuk hari lebih mencabar esok nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan