mcm biasa dengan penerbangan Airasia, dan pakej go holiday, aku sampai ke Langkawi.pakej sgt murah mase tu, stay dekat hotel helang, sebelah dengan airport. just jalan kaki. bilik pun luas.
mase tu Airasia masih lagi menggunakan pesawat boeing 737-300, klasik nampak.walaupun pesawat lama tapi ciri-ciri keselamatan masih menjadi keutamaan Airasia.
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
mase aku sampai hujan renyai-renyai, pesawat terpaksa mendarat di Alor Star mase tu sebab cuaca dekat Langkawi teruk, so just berada di Airport Alor Star lebih kurang 1jam. then meneruskan penerbangan ke Langkawi.
pemandangan bandar AlorStar dari pesawat.
Dataran Helang
dataran helang adalah tempat yg wajib dikunjungi sekiranya kakijalan ke Langkawi, terdapat monumen helang besar yg dibina di sana. menurut mitos nama Langkawi ada kaitan dengan burung helang.
di sini terdapat juga gerai-gerai menjual cenderamata, dataran ini terletak bersebelahan dengan jeti Kuah.
Beras terbakar
beras terbakar, ada kaitan dengan lagenda mahsuri, disini dipercayai kawasan sawah padi yg mane di bakar pada suatu ketika dahulu, apabila sawah ini dibakar, maka beras menjadi hangus. oleh sebab itu nama beras terbakar diperolehi.
tempat ini menjadi tumpuan pelancong utk melihat kesan beras terbakar, terdapat gerai yg menjual pelbagai barangan disini, contoh nya kain batik, minyak gamat, cenderamata dan sebagainya.
Telaga Tujuh
unikkan namanya, utk sampai ke sini kakijalan perlu mendaki laluan bertangga yg agak jauh. telaga tujuh ini merupakan air terjun yg tinggi, bukan nya perigi atau telaga. cuma nama nya saje.
suasana disini nyaman, air nya sejuk dan udara bersih. memang sesuai bagi kakijalan yg sukakan keindahan alam semulajadi.
Kereta Kabel, Gunung Mat Cincang
kereta kabel Langkawi merupakan tarikan baru disini, mesti cuba. antara kereta kabel tertinggi di dunia.bagi yg gayat, tutup mata.hehehe.
terdapat jambatan gantung dibina di atas sini. memang canggih dan teknologi terkini.
Makam Mahsuri
makan mahsuri, kakijalan yg belum pernah ke sini, boleh la luangkan mase ke sini. utk mengetahui mengenai sejarah lagenda mahsuri.terdapat pelbagai tarikan disini. dengan mengetengahkan cara hidup masyarakat dibumi Langkawi, sesuai bagi mereka yg ingin melihat sendiri bagaimana masyarakat disini menjalani kehidupan seharian.
rase nye cukup sampai disini entry pasal Langkawi. hope kakijalan dapat ilmu dan tip-tip yg berguna utk percutian di Langkawi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan