8 Jun 2012

Labuan Part1

3 hari 2 malam di Wilayah Persekutuan Labuan sudah memadai untuk kakijalan melawat seluruh Pulau Labuan yg terletak di Malaysia Timur ini. Labuan merupakan pulau bebas cukai seperti Langkawi. tapi tidak sepopular Langkawi. tak ramai yg berkungjung ke sini, aku dan teman-teman berpeluang berkunjung ke Labuan pada 2007. pertama kali ke Labuan rase teruja untuk melihat sendiri kelaian pulau bebas cukai ini.
penerbangan dari LCCT (Airasia) mengambil masa selama 2jam 30minit, mendarat di Labuan Airport. dari Airport terus ke bandar Labuan dengan teksi. tak banyak penerbangan dari KL ke Labuan.
di Labuan terdapat banyak bangun tinggi. Labuan juga dikenali sebagai pusat kewangan persisir pantai. sebab tu banyak bangunan-bangunan tinggi.
Labuan antara pulau yg terbersih di Malaysia. mula-mula sampai tgk bandar nya memang bersih, mungkin sebab penduduk di sini tak ramai.
tgk jalan disini lengang sgt, tak banyak kete. kami sewa kereta disini, harga boleh tahan, sama macam Langkawi. bagi mereka yg ingin kan suasana aman dan damai, boleh la berkunjung ke Labuan.
terdapat juga pulau-pulau kecil di sekitar Labuan, sesuai utk aktiviti menyelam dan snorkling, tapi kami tak buat aktiviti tu di sini, just nak rehat minda dan melawat sekitar Labuan.
dataran Labuan yg menjadi mercu tanda Pulau Labuan, disamping terdapat pelbagai tarikan yg ada di sini. so, petang kami sampai just jalan-jalan sekitar bandar dan menikmati hidangan makan malam.
makanan yg terdapat di Labuan sama seperti yg ada di Sabah. aku menikmati kepak ayam bakar, pertama kali merasai di sini.
malam pertama di Labuan lebih utk merehatkan diri. ye la asyik keje je. kena gak rehat. esok akan bermula pengembaraan di Labuan.hehehe. macam nak g Amazing Race.
bersambung......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan