terminal LCCT baru dibina waktu tu. jalan kaki ke pesawat.huhuhu. kalau pesawat parking jauh, alamat nyer terpaksa la jogging nak sampai ke pesawat.hehehe.
dalam pesawat A320 yang serba baru dan aircorn yg berasap-asap.
pemandangan bandar Kuching dari dalam perut A320.kat Kuching ni dari atas memang akan nampak bulatan yang besar. banyak plak tu.sampai di Kuching Int. Airport, pertama kali melalui imegresen, just tunjuk mykad.then simpan keratan yg diberikan utk dikembalikan semasa berangkat pulang.
kemudian aku ke tempat tuntutan begasi, lama aku menunggu beg hitam aku, tak juga muncul. rakan aku yg di Kuching pun sudah sampai, aku rasa pelik juga, sebab kenapa hanya beg aku je yg belum keluar.
sampaikan petugas AA dah datang bertanya, aku rase mungkin ada org dah tersalah amik beg aku, so aku nampak ade satu beg yg masih belum dituntut, seakan-akan beg aku, tapi bukan. pada beg tersebut ada tertera nama dan no telefon, aku cuba menelefon, seorang wanita menjawab.aku tanya sama ada dia sudah amik beg, dia cakap ya. aku rase mungkin dia dah amik beg aku.mujur dia baru aje keluar dari kawasan airport. bila dia sampai, aku periksa, memang betul beg aku yg dia amik. setelah maaf dipinta aku segera beredar dari KIA. nasib baik dapat balik beg aku, kalu tak sure tinggal sehelai sepinggan di Kuching,hehehe.
Hari kedua, pagi-pagi lagi kami semua bangun dan rakan aku bawa ke satu kawasan perumahan utk menikmati sarapan pagi, Laksa Sarawak. dengan Udang yg besar, kuah yg lazat.terangkat habis. pertama kali makan laksa sarawak, sedap sangat.
ini destinasi kedua aku selepas breakfast, kakijalan semua, ini bukan masjid ye, tapi Dewan Bandaraya Kuching Utara. kat sini ade Muzium Kuching.
pemandangan dari Dewan Bandaraya Kuching Utara. di Kuching terdapat 2 bahagian iaitu Kuching Utara dan Kuching Selatan.
setelah mengunjungi muzium Kuching kami terus ke Santubung untuk ke Kampung Budaya dan Pantai Puteri.
bayaran masuk agak mahal, tapi nasib aku guna student pass, hehehe. ye la muka muda remaja. dan student id pun masih ada, ape lagi, guna la.
di kampung budaya sarawak terdapat pelbagai tarikan, yg mengetengahkan budaya etnik Sarawak.terdapat rumah-rumah etnik, persembahan kebudaya, n ade juga tengkorak dipamerkan disini.
ini merupakan pentas untuk festival muzik rainforest.memang unik dan tradisional.
setelah penat berjalan-jalan di sini, kami terus ke Pantai Puteri yg terletak tidak jauh dari sini.
berlatar belakangkan gunung santubung, pemandangan disini sungguh cantik. terbayang epik cerita puteri santubung dan puteri sejinjang (bukan jinjang di KL ye) hehehe.
senja mula berlabuh, tiba di Kuching terus menikmati hidangan malam di riverfront yg dipancari neon terang. kakijalan boleh menyeberangi sungai dengan sampan (50sen sehala). untuk ke kg gersek bagi membeli kek lapis dayang salhah. siap boleh cuba lagi.
esok masih banyak aktiviti aku di Kuching.....nantikan Part2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan